Penggunaan teknologi pada zaman ini merupakan suatu kemestian dalam kehidupan manusia.Aspek penggunaan teknologi adalah menggunakan samada barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas kearah mencapai kualiti hidup yang lebih baik, pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksid dan pengeluaran buangan dan bahan pencemar, supaya tidak mengorbankan keperluan generasi akan datang (Symposium on Sustainable Consumption, Oslo, Norway, 1994). Penggunaan lestari melibatkan perniagaan, komuniti dan isirumah yang menyumbangkan kepada kualiti persekitaran melalui pengeluaran dan penggunaan sumber yang efisyen, mengurangkan bahan buangan, dan mengoptimumkan produk dan perkhidmatan (Falkman, Waste Management International). Pada masa kini banyak pihak yang membincangkan isu globalisasi yang secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi penggunaan. Globalisasi merujuk kepada satu fenomena pelbagai dimensi yang meliputi kompenan ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan lain-lain. Ia juga melibatkan pemampatan masa dan ruang dalam hubungan sosial dan kemunculan kesedaran secara global mengenai pemampatan tersebut. Proses ini diperkukuhkan lagi melalui pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia tanpa sempadan kini.
Hasil yang paling ketara daripada globalisasi teknologi pada zaman ini ini ialah budaya kepenggunaan dan konsumerisme, sama ada dari segi material atau bukan material. Budaya ini meletakkan nilai dan kepercayaan material sebagai pengukur kejayaan dan cara hidup di mana pada masa yang sama, nilai murni dan cara hidup tradisi perlahan-lahan dipinggirkan. Dalam konteks pembangunan yang berorientasikan
Isu alam sekitar pada abad ke-21 ini secara globalnya banyak tertumpu kepada perkara yang boleh mengancam keharmonian, keindahan dan kesejahteraan hidup manusia. Menyedari tentang seriusnya pencemaran alam sekitar inilah yang telah mewujudkan kesedaran baru yang dikenali sebagai pembangunan lestari yang diharap dapat menyederhanakan
Pola Pengguna Isirumah
Pola penggunaan kini banyak dipengaruhi oleh proses teknologi pada zaman ini di pasaran yang wujud. Peningkatan perdagangan barangan dan perkhidmatan secara amnya dilihat sebagai mendatangkan faedah kepada pengguna seperti pasaran menyediakan banyak pilihan barangan atau perkhidmatan pada harga yang lebih kompetitif. Oleh itu, pengguna perlu memperolehi maklumat yang mencukupi supaya mereka dapat membuat pemilihan dan pembelian yang tepat terutamanya dari segi kualiti. Barangan yang berjenama biasanya dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan barangan yang tidak berjenama., walaupun ianya dibuat dengan menggunakan formula yang sama. Ini selari dengan pendapat seorang ahli ekonomi Amerika, Thorstein Veblen yang memperkenalkan istilah”conspicuous consumption” dimana sebahagian daripada daya tarikan barangan terletak pada harganya yang tinggi. Ini kerana ramai pengguna berpendapat bahawa harga melambangkan kualiti walaupun pendapat ini kadangkala tidak rasional.
| Ukuran | Angkubah |
| Ukuran tidak lansung berasaskan sumber Ukuran langsung Harga Penggunaan | Pendapatan (perkapita, boleh guna, wang) Harta (wang) pengguna Tanggungan/hutang (kredit ansuran pengguna belum berbayar, kadar hutang kredit berbanding harta cair, kadar hutang kredit berbanding perbelanjaan penggunaan personal, perubahan hutang kredit tidak berbayar) Pengumpulan maklumat sebelum membeli (aktiviti, pola) Masa (tenaga buruh) ahli isirumah Citarasa Ciri demografi Tipologi ketua isirumah tunggal Pusingan hidup keluarga Ciri produk (citarasa, kepentingan) Sikap (indeks, skala, keseluruhan) Nilai Jenis Pengguna Harga pasaran barangan dan perkhidmatan Harga penuh komoditi Kuantiti yang digunakan Kadar pemilikan Kajian “sampah” Pengambilan makanan Nilai wang penggunaan |
Jadual 1: Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Penggunaan barangan dan perkhidmatan isirumah menentukan arah pembangunan sesebuah negara. Ia juga berkait dengan pertumbuhan penduduk dan perkembangan teknologi. Penggunaan bukan sahaja memberikan kesan yang positif seperti tahap hidup yang lebih tinggi dan selesa, malahan penggunaan yang keterlaluan boleh membawa kesan yang buruk kepada kehidupan. Tahap penggunaan yang terlalu rendah akan menyebabkan seseorang inidividu atau isirumah itu gagal memenuhi keperluan asas untuk perkembangan fizikal dan mentalnya. Oleh itu ia mungkin tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai ahli sesebuah masyarakat dan negara. Begitu juga keadaan penggunaan yang berlebihan juga akan memusnahkan kehidupan seseorang itu. Sehingga kini konsep penggunaan yang sering ditekankan adalah “under consumption” dan “over consumption”. Kedua-dua istilah ini relevan di negara maju mahupun di negara mundur kerana di setiap negara akan ada kumpulan isirumah dengan gaya hidup “utara” dan “selatan”.
Di negara perindustrian teknologi sudah jelas bahawa tahap penggunaan yang tinggi tidak bermakna pencapaian yang lebih tinggi atau pun kehidupan yang lebih baik (Motavalli, 1996).
Tidak dapat dinafikan ibubapa ingin mewariskan anak-anak mereka dengan kehidupan yang lebih baik, namun kita perlu ingat bahawa hidup yang lebih baik itu tidak berlaku dengan adanya lebih banyak kereta, rumah berhawa dingin, pusat membeli belah yang canggih, pusat-pusat hiburan, makanan beku dan sebagainya. Bersederhana dalam penggunaan adalah yang terbaik bagi menjamin kehidupan yang sejahtera.
| Pendapatan & Penggunaan | | Dunia |
| Pendapatan | 75% penduduk miskin dunia adalah penduduk | 1.3 billion penduduk berpendapatan USD<1; 1 billion tidak dapat memenuhi keperluan asas |
| Zat makanan | 2/3 penduduk di dunia yang kekurangan zat makanan adalah dari Asia Pasifik; 70% daripada kanak-kanak yang terbantut, kurang berat badan adalah kanak-kanak | 840juta penduduk kekurangan zat makanan; penggunaan 1/5 penduduk terkaya = 16 x penggunaan 1/5 penduduk termiskin; 160 juta dikalangan kanak-kanak kekurangan zat makanan; >250 juta kanak-kanak bekerja |
| Kemudahan kesihatan | Sekurang-kurangnya 1/3 penduduk Sekurang-kurangnya ½ penduduk | >880 juta tidak mendapat kemudahan kesihatan; 2.6 billion tiada kemudahan asas sanitasi; >5 juta mati akibat diarea (air tercemar) |
| Pendidikan | | >850 juta orang dewasa buta huruf >260 juta kanak-kanak cicir sekolah rendah dan menengah (1997) |
Jadual 2: Senario Pendapatan dan Penggunaan Dunia dan
Sumber: UNDP.(1999) The Human Development Report UNEP dan Earthscan.
(1999). Global Enviromental Outlook 2000.
FAO. (2000). Assessment of the World Food Security Situation.
| Item | Indeks |
| Peratus rakyat Amerika yang bersetuju dengan kenyataan, “kita membeli dan mengguna lebih daripada yang diperlukan” Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka secara sukarela telah mengurangkan penggunaan dalam masa Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka secara sukarela telah meningkatkan penggunaan dalam masa Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka sangat gembira pada tahun 1957 Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka sangat gembira pada tahun 1991 Peratus rakyat Amerika yang bersetuju dengan kenyataan, “saya sangat inginkan lebih keseimbangan dalam hidup saya” Peratus rakyat Amerika yang menyatakan bahawa mereka lebih menginginkan lebih masa terluang, walaupun dengan wang yang kurang. Perbelanjaan pengiklanan per kapita (USD) pada tahun 1950 di AS Perbelanjaan pengiklanan per kapita (USD) pada tahun 1989 di AS Purata perbelanjaan tahunan untuk fonografi (dalam billion) Purata perbelanjaan tahunan untuk biskut (dalam billion) Peratus remaja perempuan Amerika yang menyatakan paling suka membeli belah sebagai memenuhi masa terluang Peratus jualan runcit yang dilakukan di pusat membeli belah Peratus jualan runcit yang dilakukan di pusat membeli belah di Sepanyol Peratus rakyat Amerika yang memiliki pendingin udara pada tahun 1960 Peratus rakyat Amerika yang memiliki pendingin udara pada tahun 1987 Purata jam memandu seminggu dikalangan rakyat Amerika yang bekerja Peratus kereta baru yang mempunyai pendingin udara Penggunaan besi per kapita di Amerika Penggunaan besi per kapita di Peratus rakyat Cina yang memiliki TV warna pada tahun 1982 Peratus rakyat Cina yang memiliki TV warna pada tahun 1987 Peratus populasi dunia yang tinggal di Negara perindustrian Peratus kayu dan tenaga dunia yang digunakan oleh 20 peratus penduduk tertentu Peratus bahan radioaktif dan kloroflurokarbon dunia yang dibuang oleh 20 peratus penduduk tertentu ‘Ranking’ Amerika Syarikat sebagai pengeluar bahan buangan municipal per kapita di dunia ‘Ranking’ Amerika Syarikat sebagai pengeluar gas rumah hijau di dunia | 82 28 35 33 33 67 51 198 498 8 5.6 93 55 4 15 64 9 90 417 5 1 35 20 75 90 1 1 |
Jadual 3: Indeks E-Penggunaan
Pola Perbelanjaan Isirumah
Di Malaysia, pertumbuhan ekonomi negara yang pesat telah meningkatkan pendapatan isirumah bagi semua kumpulan pendapatan dan strata. Jadual 4, menunjukkan peningkatan pendapatan bulanan purata isirumah bagi tahun 1980 dan 1997.
| Kumpulan pendapatan | Pendapatan Bulanan Purata (RM) | ||
|
| 1990 | 1995 | 1999 |
| 40 peratus terendah 40 peratus pertengahan 20 peratus tertinggi | 1,169 424 1,037 2,925 | 2,020 693 1,777 5,202 | 2,472 865 2,204 6,268 |
Jadual 4: Pendapatan bulanan purata isirumah
Pendapatan adalah satu daripada faktor terpenting yang mempengaruhi penggunaan selain daripada citarasa, harga dan masa. Walaupun demikian banyak bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan yang diamalkan di peringkat individu pengguna, isirumah, masyarakat dan negara telah memberikan kesan yang sebaliknya.
| Kumpulan Perbelanjaan | 1993/94 | 1998/99 |
| Makanan Minuman dan tembakau Pakaian dan kasut Sewa kasar, bahanapi dan kuasa Perabut, hiasan rumah & perkakas & kegiatan isirumah Rawatan perubatan dan kesihatan Pengangkutan dan komunikasi Perkhidmatan rekreasi, hiasan, pendidikan & kebudayaan Pelbagai barangan dan perkhidmatan | 23.4 2.6 3.6 21.1 5.6 1.9 17.9 5.7 18.2 | 22.6 1.9 3.4 22.2 5.3 1.9 19.0 5.9 17.9 |
Jadual 5: Komposisi perbelanjaan isirumah bulanan purata
Cara individu membelanjakan pendapatan mencerminkan penggunaan. Peratusan daripada jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk makanan misalnya, akan mencerminkan tahap kehidupan. Begitu juga dengan peratusan perbelanjaan yang dibuat ke atas pembelian perabot, kenderaan, barangan isirumah dan lain-lain. Sebagai contoh, di negara yang mundur peratusan yang besar daripada perbelanjaan adalah untuk keperluan asas terutamanya makanan. Ini menunjukkan tahap hidup yang masih rendah. Manakala di negara-negara maju, banyak peningkatan dalam tahap hidup mereka dapat dilihat melalui peningkatan peratusan daripada perberlanjaan yang dibelanjakan untuk aktiviti seperti pelancongan dan perkhidmatan komunikasi.
Penggunaan dipengaruhi oleh persekitaran dengan penggunaan teknolgi yang merangkumi citarasa dan kegemaran, jumlah sumber yang diperlukan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan, jumlah dan jenis sumber yang ada. Bagaimana menggunakan sumber tersebut, dan jumlah dan jenis barangan dan perkhidmatan yang ada. Teori perlakuan pengguna mengatakan bahawa pendapatan pengguna merupakan asas pengukuran yang paling penting untuk menentukan pola penggunaan. Ini seterusnya digunakan dalam konteks komuniti yang lebih luas dimana agihan dan purata pendapatan dijadikan penentu yang mempengaruhi keseluruhan pengguna. Komuniti yang mana pendapatan mereka diagihkan secara sama rata akan kurang menggunakan barangan mewah dan barangan bawahan berbanding komuniti yang mempunyai hanya segelintir golongan kaya dan ramai golongan miskin. Kajian menunjukkan bahawa dikalangan golongan kaya di England dalam abad ke-19, makan malam yang dihidangkan dengan lima hidangan roti yang utama iaitu ikan, daging, dan sebagainya dilihat sebagai hidangan yang minimum, sementara bagi golongan miskin yang bekerja sebagai petani, hanya memakan hidangan gandum dan ubi kentang.Ini menunjukkan bahawa pendapatan sememangnya mempengaruhi perbelanjaan pengguna seseorang. Ini kerana pendapatan yang diperolehi akan dibelanjakan untuk memenuhi keperluan hidup mengikut keutamaan dimana keperluan asas akan dipenuhi terlebih dahulu. Setelah itu, barulah keperluan lain dipenuhi berasaskan kepada keinginan dan keupayaan seseorang. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa agihan pendapatan boleh mempengaruhi kepuasan, status, kuasa, politik atau kebebasan seseorang.
Kualiti Hidup
Kualiti hidup adalah berkaitan dengan bagaimana individu mempersepsikan kehidupan mereka samada memuaskan, tidak memuaskan, baik, tidak baik atau sebagainya. Persepsi individu ini adalah berasaskan kepada penilaian yang dibuat terhadap kepuasan yang dirasai daripada keinginan yang tercapai atau ketidakpuasan yang dirasai terhadap keinginan yang gagal dicapai. Kualiti hidup adalah penilaian pelbagai dimensi yang boleh dinilai daripada luaran (secara objektif, normatif-sosial) atau daripada dalaman (subjektif, intrapersonal). Ciri tersebut bukannya sistem orang atau system persekitaran tetapi sistem orang-persekitaran (
Ramai pengkaji menggunakan persepsi untuk mengukur kualiti hidup. Tanggapan kualiti hidup adalah mengukur bagaimana seseorang merasa berpuashati dengan domain penting kehidupan sehariannya. Terdapat beberapa indeks yang boleh digunakan termasuklah indeks kualiti kawan, indeks kualiti keluarga, indeks kualiti masa, indeks kualiti perumahan dan indeks kualiti kejiranan. Indeks lain yang biasa digunakan untuk mengukur kualiti hidup adalah Indeks Kepuasan Hidup (Neugarten, Havighurst & Tobi, 1961) dan Skala Philidelphia Geriatric Center Morale (
Kualiti hidup secara subjektifnya diukur mengenai perasaan baik, memuaskan atau sebaliknya terhadap sesuatu barangan, perkhidmatan atau perkara lain. Dalam erti kata lain, secara subjektifnya, kualiti hidup boleh diukur melalui tahap kepuasan dan kegembiraan yang berkait dengan tahap aspirasi, harapan, keperluan dan nilai. Manakala pengurungan kualiti hidup secara objektif pula merujuk kepada memenuhi permintaan social dan budaya terhadap kekayaan material, status sosial dan kesejahteraan fizikal. Kualiti hidup ini juga diukur secara objektif menggunakan pendapatan dan perbelanjaan. Rajah 2 menunjukkan beberapa petunjuk aspek kualiti hidup yang boleh diukur sama ada secara objektif atau subjektif, am atau khusus, langsung atau tidak langsung dan kualiti dan kuantiti.

Rajah 1: Petunjuk Aspek Kualiti Hidup
Daripada rajah diatas, dapat dilihat bahawa kualiti hidup boleh diukur melalui banyak petunjuk. Diantara yang disenaraikan adalah pendapatan, kesihatan, pekerjaan, pendidikan, status perumahan dan rekreasi dan masa lapang yang merupakan petunjuk yang biasanya digunakan di peringkat individu. Pendapatan misalnya akan melambangkan status sosial yang dimiliki oleh seseorang yang seterusnya mempengaruhi kuasa beli dan
Namun begitu, petunjuk yang lain seperti keharmonian keluarga, perhubungan sosial, persekitaran masyarakat, perkhidmatan komuniti dan pengurusan sumber juga boleh digunakan untuk mengukur kualiti hidup seseorang individu atau masyarakat. Keharmonian keluarga, perhubungan sosial, persekitaran masyarakat sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Pengukuran kualiti hidup melalui petunjuk perkhidmatan komuniti pula boleh dilihat dari segi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan disesuatu tempat seperti kemudahan hospital, pengangkutan awam, pejabat pos dan sebagainya. Sekiranya terdapat kekurangan kemudahan penting ini, masyarakat ditempat tersebut belum boleh dianggap memiliki kualiti hidup yang tinggi. Begitu juga dengan penggunaan seperti guna tenaga buruh, penggunaan elektrik dan air yang kini menjadi sebahagian daripada keperluan asas manusia. Misalnya, jika dalam sesebuah negara tertentu, terdapat ramai tenaga buruh yang menganggur, ia dikatakan sebuah negara yang belum membangun dan ini bermakna, negara tersebut boleh dikatakan belum mencapai kualiti hidup yang baik.Selain daripada petunjuk aspek kualiti hidup yang ditunjukkan dalam Rajah 1 tersebut, Hirarki Maslow juga sebenarnya boleh digunakan untuk mengukur kualiti hidup seseorang. Di dalam Hirarki Maslow, seseorang perlu mencapai atau memenuhi keperluan yang terbawah terlebih dahulu untuk membolehkannya terus hidup iaitu merujuk kepada keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal sebelum memenuhi keperluan yang lebih tinggi. Sekiranya seseorang individu iti tidak mampu memenuhi keperluan asas ini, bermakna hidupnya tidak berkualiti. Sekiranya keperluan yang pertama ini telah dipenuhi, seseorang itu akan beralih kepada keperluan di atas dan seterusnya. Menurut Maslow, manusia akan
| Komponen | Elemen | Bidang |
| Kesihatan Pendidikan Pekerjaan Persekitaran fizikal Kehidupan berkeluarga Kehidupan komuniti Kehidupan budaya, kerohanian dan masa senggang | Mortaliti Morbiditi Pemakanan Pendidikan asas Pendidikan lanjutan Pekerjaan Keadaan pekerjaan Perumahan Pengangkutan dan komunikasi Persekitaran semulajadi Struktur dan fungsi keluarga Kestabilan keluarga Penglibatan komuniti Kestabilan komuniti Kehidupan budaya Kehidupan kerohanian Kehidupan masa senggang | Jangka hayat Mortaliti infan Mortaliti kanak-kank Populasi orang kurang upaya atau cacat Insiden penyakit utama Berat lahir Pengambilan kalori Pengambilan protin Entrolmen ke sekolah rendah Tamat sekolah rendah Celik huruf Kemasukan ke sekolah menengah Kemasukan ke institute pengajian tinggi Pekerjaan dengan faedah Pekerjaan sepenuh masa Jam bekerja (termasuk masa perjalanan) Percutian Masa tidak bekerja disebabkan kemalangan/penyakit akibat pekerjaan Bekalan air Kemudahan sanitasi Elektrik Ruang Jalan raya Telefon Insiden bencana alam Pencemaran persekitaran Pengurangan sumber semula jadi Tiada indicator yang telah dibentuk. Indikator berikut berkait secara tidak langsung-saiz isirumah, kanak-kanak tiada rumah, isirumah penjaga tunggal dan isirumah tua tinggal bersendirian Kadar perceraian Keganasan rumahtangga Tiada indicator yang telah dibentuk Kadar Jenayah Kadar penyalahgunaan dadah Kadar bunuh diri Tiada indicator yang telah dibentuk. Indikator berikut berkait secara tak langsung – kemudahan budaya Tiada indikator yang telah dibentuk Tiada indikator yang telah dibentuk. Indikator berikut berkait secara tak langsung – radio, tv, kemudahan rekreasi. |
Jadual 6: Model Survei Kualiti Hidup, ESCAP, 1990
Indeks Kualiti Hidup
Kemajuan sesebuah negara boleh diukur berdasarkan kualiti hidup rakyatnya yang bertambah baik secara berterusan. Penilaian terhadap pembangunan sesebuah negara tidak harus ditumpukan semata-mata kepada pertimbangan ekonomi, malah perlu merangkumi aspek lain yang lebih mencerminkan perubahan kualiti hidup rakyatnya. Oleh itu,
| Bidang | Petunjuk | 1980 | 1985 | 1995 | 1998 |
| Pendapatan & Pengagihan Persekitaran kerja Pengangkutan & komunikasi Kesihatan Pendidikan Perumahan Alam sekitar Kehidupan keluarga Penyertaan sosial Keselamatan awam | Knk per kapita sebenar Angkali gini Kadar kemiskinan Kadar pengangguran Pertikaian perusahaan Kehilangan hari bekerja kerana tindakan perusahaan Kadar kemalangan perusahaan Motokar dan motosikal persendirian Kenderaan perdagangan Pembangunan jalan raya Telefon Edaran purata akhbar harian Jangka hayat semasa lahir (lelaki) Jangka hayat semasa lahir (perempuan) Kadar kematian bayi Nisbah doktor-penduduk Kadar penyertaan pra-sekolah Kadar penyertaan sekolah menengah Kadar penyertaan universiti Kadar celik huruf Nisbah guru-pelajar sekolah rendah Nisbah guru-pelajar sekolah menengah Harga rumah purata Unit rumah kos rendah Unit rumah dengan bekalan air paip Unit rumah dengan bekalan elektrik Kualiti udara Sungai bersih Kawasan berhutan Perceraian Kadar kelahiran kasar Saiz isirumah Jenayah juvenil Pengundi berdaftar Kelahiran dalam organisasi sukarela terpilih Jenayah Kemalangan jalan raya | 77.39 106.13 87.36 83.24 85.97 90.52 n.a. 85.46 81.55 78.40 | 90.85 97.59 100.12 95.72 95.70 92.97 103.86 89.62 89.58 79.87 | 105.45 115.07 106.88 103.78 106.91 105.51 106.29 108.32 102.07 88.5 | 105.82 118.94 112.78 109.58 117.31 107.72 100.94 113.86 97.98 72.11 |
| | Indeks kualiti hidup Malaysia | 86.22 | 93.59 | 104.88 | 105.71 |
Jadual 7: Indeks Kualiti Hidup
Isu dan Cabaran
Penggunaan yang melebihi tahap minimum atau keperluan asas bukan sesuatu yang tidak baik, memandangkan ianya membantu mempermudahkan manusia menjalani penghidupannya. Walau bagaimanapun, penggunaan yang keterlaluan dan tidak terkawal akan menimbulkan banyak masalah termasuklah masalah alam sekitar. Oleh itu isu sebenar bukanlah penggunaan itu sendiri tetapi pola dan kesan (positif dan negatif) penggunaan tersebut. Khusus pada sumbangan penggunaan kepada masalah alam sekitar, ia telah dikenalpasti dalam konferen antarabangsa United Nation yang diadakan di Reo de Janeiro pada 1992. Dalam agenda 21 dinyatakan bahawa tindakan menyeluruh perlulah diambil di semua tahap. Agensi kerajaan, bukan kerajaan dan pengguna perlu mengambil tindakan ke arah penggunaan lestari. Agenda tersebut juga menyarankan langkah yang perlu diambil oleh pengguna adalah mengubah amalan penggunaan. Tumpuan patut diberikan kepada menggunakan sumber dengan berkesan untuk meminimumkan penyusutan sumber dan pencemaran.
Terdapat tujuh tema penggunaan lestari. Pertama, penggunaan lestari adalah cara dan bukannya hasil akhir. Ini bermakna usaha meningkatkan kelestarian pengguna perlu dilakukan secara berterusan. Disepanjang proses penggunaan akan ada ketidaklestarian sama ada di peringkat pengeluaran, menggunakan dan melupuskan. Kedua, penggunaan lestari merupakan keseimbangan pelbagai aspek termasuklah persekitaran, sosial dan ekonomi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Bakar (2001) bahawa perlu ada anjakan paradigma daripada mengutamakan pertumbuhan ekonomi semata-mata kepada mengutamakan keseimbangan dikalangan semua pihak. Ketiga, penggunaan lestari adalah mengenai pilihan bermaklumat. Bagi mereka yang ingin mengamalkan penggunaan lestari mereka perlu mendapat maklumat, menyedari dan mengamalkannya atas pilihan sendiri. Keempat, penggunaan lestari bertujuan untuk menginstitusikan pilihan, dimana apabila polisi tertentu berkaitan penggunaan dibentuk ia akan membantu peningkatan kelestarian. Kelima, pengguna lestari memerlukan pendekatan pelbagai peringkat. Keenam, penggunaan lestari memerlukan pembaikan berterusan. Dari semasa ke semasa perlu ada peningkatan sama ada dari segi perancangan, perlaksanaan, polisi dan sebagainya. Memandangkan
a. Pertama, penstrukturan ekonomi untuk jangkamasa panjang (Robins dan Roberts, 2000). Memandangkan keadaan persekitaran yang semakin tenat, peningkatan teknologi, kekayaan dan populasi memerlukan negara membentuk polisi berkaitan pelbagai ekonomi yang lebih seimbang dan memperbaiki produktiviti sumber dan mengurangkan pencemaran.
b. Kedua, memikirkan semula nilai etika (Robins dan Roberts, 2000). Pada masa kini kebanyakan isu penggunaan lestari banyak diketengahkan oleh badan bukan kerajaan yang mewarwar dan menggalakkan
c. Ketiga, pembentukan semula rangka polisi (Robins dan Roberts, 2000). Untuk menjalankan usaha meningkatkan kelestarian ini ianya tidak boleh diharapkan berlaku secara semula jadi. Ianya memerlukan penglibatan pihak berkuasa untuk membentuk polisi dan peraturan yang berkaitan dengan memberi ganjaran kepada mereka yang mematuhi dan menghukum mereka yang melanggar.
d. Keempat, kerjasama antarabangsa perlu ditingkatkan untuk membolehkan usaha ini menjadi usaha bersama seluruh dunia.
Kesimpulan
Penggunaan dan kualiti hidup adalah dua konsep yang mempunyai pengertian yang luas dan pelbagai. Kedua konsep ini mempunyai perkaitan langsung yang mana penggunaan adalah satu daripada elemen penghidupan. Oleh itu peningkatan “kualiti” penggunaan dalam ertikata yang sebenarnya yang seimbang dan harmoni akan dapat meningkatkan kualiti hidup. Telah terbukti bahawa dunia pada masa kini menghadapi kemelut alam sekitar yang serius disebabkan oleh pengeluaran dan penggunaan yang tidak lestari. Faktor budaya, ekonomi, politik, sosial dan seumpamanya merupakan asas kepada peningkatan populasi, kekayaan dan teknologi, yang seterusnya menyumbang kepada kemerosotan persekitaran. Usaha jitu yang bermula daripada penstrukturan semula ekonomi, pembetukan nilai dan etika murni berkaitan penggunaan sehinggalah kepada jaringan kerjasama antarabangsa di semua peringkat perlu dibuat sebagai usaha mengurangkan masalah yang dihasilkan akibat daripada pengeluaran dan penggunaan yang tidak lestari dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup penduduk dunia.
No comments:
Post a Comment